- Hit: 1748
YBK telah menjayakan program pembangunan insan dengan kerjasama Yayasan dakwah Islamiyah, Kem Jayadiri Al-Falah. Kem motivasi ini telah dijalankan selama 3 hari di Pusat Latihan YBK, Kuala Selangor.
Program ini dijalankan bBertujuan membimbing pelajar kepada melaksanakan amalan yang dituntut dalam hidup seperti ibadat khusus dan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Program ini diadakan dalam musim cuti persekolahan bulan Nov - Disember. Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pelajar-pelajar perempuan (120 orang) dan pelajar-pelajar lelaki (67 orang). 67 Pelajar lelaki tingkatan 4 terdiri daripada anak-anak keluarga termiskin di selangor.