Majlis Menandatangani Projek Kolej Komuniti YBK-EDI dijalankan di Holiday Villa, Subang Jaya. Kolej komuniti YBK ditubuhkan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya kepada anak-anak keluarga termiskin untuk mengikuti pengajian di peringkat sijil dan diploma.

Majlis disaksikan oleh YB. Dato' Dr. Hj. Shafie bin Haji Salleh, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia. Mou ini ditandatangani oleh Dr. Abdul Aziz Azimullah, Pengerusi EDI dan YB Dato Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir Pengurus Besar YBK, Mohd Tamin Mohd Yusof. Perlaksanaan projek ini ialah hasil daripada sesi percambahan fikiran pada 7 Januari 97 yang dipengerusikan oleh Dato' Dr. Haji Shafie Hj Salleh. Ianya didapati merupakan satu strategi yang berkesan yang boleh digunakan untuk membasmi kemiskinan di samping mengurangkan mobiliti pelajar ke bandar dan mengurangkan kos latihan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;