Kuala Selangor, 23/5/1997 - YBK telah menyampaikn Sijil Amanah Saham Selangor, ASAS kepada peserta PPRT sekitar Kuala Selangor. Bantuan ini adalah peruntukkan dari Amanah Saham Selangor Berhad. Setiap isi rumah dari kalangan PPRT yang terpilih diperuntukkan 1,000 unit saham ASAS. YBK telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tujuan pemilihan dan agihan   penerima dengan kerjasa pejabat ADUN kawasan. 

Majlis Penyampaian Sijil Asas Kepada Peserta-Peserta PPRT Daerah Kuala Selangor telah dijalankan jam 11.00 pagi di Balai Raya Kg. Permatang, Kuala Selangor. Sijil-sijil ASAS disampaikan oleh YAB Dato'(Dr) Haji Abu Hassan Omar, Menteri Besar Selangor. Seramai 303 KIR yang terdiri daripada peserta-peserta PPRT Daerah Kuala Selangor menerima sijil pelaburan dalam Amanah Saham Selangor. Pelaburan setiap KIR ialah 1,000 unit seorang.

YBK juga telah membiaya pembinaan rumah PPRT yang dilancatrkan oleh YAB Menteri Besar. 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;