Program Jatidiri kepada 40 pemandu teksi YBK Services telah dijalankan di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, jam 10.00 pagi. Tujuan program ialah untuk merapatkan silaturrahim dikalangan pemandu teksi dan pihak pengurusan. Mewujudkan hubungan dua hala antara majikan dan pekerja dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan JPJ.

Majlis telah dirasmikan dan teks ucapan dibacakan oleh wakil YB. Dato' Mustapha Mohamad, Menteri Pembangunan Usahawan. Hadir sama YB Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom dan Dato' Wan Hilal Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Malaysia. Seramai 40 kakitangan bahagian perkhidmatan pengangkutan atau pemandu teksi YBK Services telah mengikuti program ini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;