YB. Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, Pengerusi YBK telah melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Desa Kasih Kalumpang di tapak projek Kg Pasir Puteh, Kalumpang jam 2.30 petang.

Pembangunan Desa Kasih Kalumpang ini merupakan projek rumah berkelompok yang akan memberi faedah kepada 12 keluarga termiskin di daerah Hulu Selangor. Ia merupakan projek pembinaan rumah berkembar pertama untuk keluarga termiskin dari daerah Hulu Selangor.

Desa Kasih Kalumpang dilaksanakan di Pekan Kalumpang, Hulu Selangor di atas tanah seluas 0.650 ekar. Projek ini dibina secara bersepadu oleh YBK, MAIS dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kos pembinaan Desa Kasih ini berjumlah RM118,200. Pembinaan telah dimulakan pada 20 September 1997 dan disiapkan pada Disember 1997. Peserta-peserta yang dipilih telah mula mendiami rumah masing-masing pada bulan April 1998.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;