- Hit: 1596
Penganugerahan Sijil Kejuruteraan oleh UMW kepada 93 pelatih telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Besar Selangor di Pusat Latihan YBK, Kuala Selangor. Pegawai-pegawai kanan UMW dan Pengerusi YBK turut hadir.
Dalam majlis ini juga beberapa syarikat turut menyumbangkan peralatan kejuruteraan untuk latihan praktikal pelatih-pelatih di sini iaitu UMW Holdings (RM494,748), Syarikat UMW Toyota Motor (RM268,000), UMW Equipment (RM120,000), Rail-Tech Industries (RM76,748) dan UMW Industries (RM30,000).