Perasmian Program KUNTUM dan Menandatangani MoU Antara YBK dengan KPPMS telah diadakan di Dewan Hamzah, Klang. Tujuan utama adalah mengadakan satu forum bagi membincangkan fungsi-fungsi dan peranan guru-guru KUNTUM dalam membantu pelajar-pelajar miskin melalui pendekatan tutorial dalam pembelajaran dan menjalin hubungan silaturrahim antara guru-guru, penyelaras, ahli KPPMS dan YBK.

Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Selangor dan Pengerusi YBK. Program ini merupakan majlis penutup kepada Seminar Pendidikan KUNTUM yang telah diadakan selama 2 hari dan bagi memeterai perjanjian kerjasama menganjurkann program KUNTUM. YBK diwakili oleh Pengurus Besar manakala KPPMS diwakili oleh Mat Yasir Ikhsan

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;