- Hit: 1674
Majlis Sumbangan Korporat Penyayang telah diadakan di Asrama Kasih YBK, Serendah yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Majlis ini bertujuan menggerakan badan-badan korporat atau golongan berada untuk bersama-sama membantu menangani masalah kemiskinan di Selangor. Program ini berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM995,000 yang disumbangkan oleh badan-badan korporat seperti Syarikat Baiduri Trade (RM500,000), Majlis Agama Islam Selangor (RM100,000), Syarikat Hyland Holdings (RM100,000) dan Tan & Tan Development (RM50,000). Manakala Permodalan YBK Sdn. Bhd menyumbangkan sebuah bas sekolah bernilai RM245,000 bagi kegunaan Asrama Kasih. Turut hadir tokoh-tokoh korporat danΒ jemputan yang terdiri dari pegawai jabatan daerah Hulu Selangor