Upacara Pecah Tanah Projek Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai telah dijalankan di tapak projek Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai. Projek ini ialah pembinaan 61 unit rumah bantuan secara berkelompok kepada peserta PPRT. Pelancaran dilakukan oleh YB Dato'Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Hadir sama Pengarah JAIS. Pelaksanaan projek ini dijalankan secara bersepadu yang melibatkan YBK/MAIS/Pej. Daerah Sabak Bernam.

Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai terletak di Batu 2 Tebuk Pulai Sabak Bernam. Kawasan perumahan penempatan keluarga termiskin ini mempunyai keluasan kawasan seluas 4.16 ekar. Desa Kasih ini dibangunkan pada bulan Sept 1996 dengan 61 unit rumah dengan keluasan setiap rumah 20' x 25. Jumlah kos pembangunan pada keseluruhan berjumlah RM372,000.00.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;