Pelancaran program telah diadakan di Kolej INPENS, Kelana jaya. Progran FASTRACK dirancang dan dilaksanakan bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar gred rendah SPM yang gagal mendapat tyempat di Institut Pengajian Tinggi dalam negara. Dengan peluang latihan kemahiran ini mereka akan memperolehi kemahiran bagi meningkatkan kualiti sumber manusia dan gunatenaga pada masa depan.

Program ini melibatkan seramai 603 orang pelajar yang berminat dan telah pun mengikuti Kursus Motivasi di Kem Wacana, Alur Lempah, Hulu Selangor. Turut hadir wakil institusi yang terlibat, Ahli Lembaha Pemegang Amanah YBK. Program ini memperlihatkan kerjasama dengan institusi yang menawarkan pelbagai kursus 'customize' dengan pembiayaan pinjaman Kerajaan Negeri sejumlah RM2.4 juta. Institusi tersebut ialah INPENS - 70 pelajar, ITTAR - 147 pelajar, Stamford - 47 pelajar, WIT - 87 pelajar, FIT - 93 pelajar, IBU - 66 pelajar dan SHRDC - 77 pelajar.

πŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

πŸ“ž TEL :Β +60 (3) 7875 0036
πŸ“  FAKS :Β +60 (3) 7875 0719
πŸ“§ E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;