Majlis Perhimpunan Raksasa PPRT ini menghimpunkan seramai 2,876 orang PPRT seluruh Selangor. Majlis telah diadakan di SMA Simpang Lima, Sungai Besar. Dalam majlis ini peserta PPRT turut menyampaikan pernyataan Ikrar Taat Setia PPRT Negeri Selangor dihadapan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan ini diharapkan menjadi medan sumber maklumat melalui pameran yang disediakan dan diharapkan menjadi titik mula ke arah perubahan sikap dan minda keluarga termiskin. Kaunter pamiran yang disediakan ialah YBK, Amanah Saham Selangor (ASAS), Pejabat Kemajuan Negeri Selangor, Pejabat daerah Sabak Bernam, Projek Barat Laut, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan KEMAS. Pada sebelah petangnya jam 4.30, YAB TPM turut membuat lawatan ke Pusat Latihan YBK dan beramah mesra dengan pelatih-pelatih. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan dll. pembesar.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;