Sabak Bernam 27/1/1995 - YBK telah menyampaikn Sijil Amanah Saham Selangor, ASAS kepada peserta PPRT di Desa Kasih Parit 8 1/2 Barat, Sabak Bernam. Bantuan ini adalah peruntukkan dari Amanah Saham Selangor Berhad yang telah memperuntukkan 1,000 saham ASAS kepada setiap penerima kalangan PPRT di Selangor. YBK telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tujuan pemilihan dan agihan  penerima dengan kerjasa pejabat ADUN kawasan. 

Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Muhammad bin Muhd Taib di Balairaya Desa Kasih Parit 8 ½ Barat, Sg. Besar. Sumbangan Saham Asas ini merupakan sebahagian program YBK mengagih-agihkan kepentingan saham ASAS kepada penduduk miskin di seluruh negeri Selangor. Semua penduduk Desa Kasih, kampong sekitar serta jabatan/agensi daerah hadir. Turut hadir EXCO Selangor & Ketua Jabatan Daerah dan Negeri

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;