- Hit: 1793
YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Majlis Makan Malam YBK, Malam Sejuta Harapan III di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Makan malam amal ini bertujuan mendapatkan sumbangan korporat melalui jualan meja makan malam dan berjaya mengumpulkan sejumlah sumbangan.
Sumbangan yang terkumpul akan digunakan bagi meneruskan aktiviti dan projek pembasmian kemiskinan yang telah disasarkan bagi membantu mencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2005 di Negeri Selangor. Para jemputan turut disajikan dengan beberapa persembahan dari kalangan pelajar/pelatih yang mengikuti program yang dijalankan oleh YBK iaitu persembahan silat tari, nasyid taridra oleh pelajar Asrama Kasih dan Pusat Latihan YBK.