- Hit: 1595
YBK melaksanakan program Bina Diri IV. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan telah merasmikan program di Kolej ke 6 UPM.
Kursus ini menekankan kepada untuk menghapuskan kemiskinan minda pelajar sebagai satu pendemokrasian pendidikan kearah melahirkan golongan cemerlang dari kalangan yang kurang mampu. Kursus dikelola oleh Dr. Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim, pensyarah kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan. Ianya melibatkan 30 mahasiswa (fasilitator) dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan 294 pelajar sekolah rendah terpilih dari daerah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam.