- Hit: 1854
Lawatan sambil belajar daripada kakitangan pengurusan YKK dan YPRMP telah meninjau Pejabat YBK. Pengurus Besar YBK telah memberikan satu taklimat terperinci program dan projek-projek yang dijalankan.
Kemudian mereka dibawa turun padang ke PLYBK, Kuala Selangor dan Desa Kasih YBK di Sabak Bernam bagi melihat sendiri kejayaan pelaksanaan aktiviti pembasmian kemiskinan di Selangor di samping menjadikan contoh untuk pelaksanaan program yang serupa di negeri mereka. Turut hadir Pengurus Besar YPRMP dan YKK dan kakitangan operasi yang lain.