YAB MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah menjadi tetamu jemputan dan merasmikan penyampaian sumbangan hari raya. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti rancangan NONA terbitan TV3 yang berlokasi Kg. Halacara Baru, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Sumbangan dan bantuan yang disampaikan adalah merupakan barang makanan untuk keperluan hari raya kepada peserta PPRT Zon 2 YBK dan duit raya kepada 20 kanak-kanak kanak-kanak tadika. Program ini adalah merupakan kerjasama diantara pihak YBK, TV3, pihak Swasta dan UMNO Bahagian Tanjong Karang. Lebih 400 keluarga miskin menerima hamper barangan dan duit raya sumbangan pihak swasta seperti TV3, Holiday Inn Shah Alam dan Kumpulan FIMA. Majlis berbuka puasa juga diadakan bagi meraikan penglibatan semua pihak.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;