YBK telah melaksanakan Projek Sekampit Beras Segunung Erti yang dirasmikan oleh YAB MB Selangor di Klang. Program ini dirancang bertujuan mencetuskan kesedaran dan keinsafan dikalangan pekedai, peruncit, pengilang dan ahli masyarakat supaya membantu golongan miskin dengan menyumbang satu kampit beras sahaja.

Ia merupakan satu projek amal dan ibadat murni yang dilaksanakan oleh YBK sempena kedatangan Ramadhan & Syawal 1413H. Setiap kedai runcit, syarikat, kilang dan lain-lain bentuk perniagaan yang halal operasinya di setiap daerah dalam Zon 3 (Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat) diminta menyumbang 1 kampit beras untuk diagihkan kepada sejumlah keluarga miskin yang telah dikenalpasti.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;