- Hit: 1581
YBK telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Diri YBK. Seminar telah dijalankan di Pulau Pangkor (Sri Bayu Beach Resort) selama 2 hari 3 malam. Semua kakitangan YBK terlibat dalam seminar ini.
Seminar ini bertujuan meningkatkan motivasi & memajukan diri dari segi kerjaya di kalangan kakitangan YBK. Seminar yang dirasmikan oleh Pengerusi Hj Zainal Abidin Sakom juga disertai oleh semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.
Seminar ini berjaya meningkatkan kesedaran dikalangan kakitangan YBK unutk bekerja lebih berdedikasi membantu organisasi merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Selangor.