Serendah, 22/3/2013 – sempena usia YBK yang ke 23 tahun pada 26/3/2013, satu Majlis Sambutan 23 Tahun secara  sederhana telah diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah. Seramai hampir 300 orang dari kalangan pelajar asrama kasih, kakitangan YBK dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong YBK hadir dalam majlis tersebut. ADUN Batang Kali YB Datuk Mohd Isa Abu Kassim juga turut hadir.

 Majlis sambutan yang dimulakan dengan solat Maghrib jemaah. Kemudian diikuti dengan ucapan Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan solat Isyak jemaah serta bacaan yassin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Imran Nasoha.  Dalam ucapan,  Dato Pengerusi mengenang kembali penubuhan YBK oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika Menteri  Besar ketika semata-mata mempercepatkan usaha membantu membasmi kemiskinan di Selangor. Kini YBK berjaya dan berusaha menempatkan diri sebagai NGO yang berjaya dan mula melibatkan diri dalam perniagaan  seperti pembangunan IPTA dan hartanah. Semuga pendapatan dari usaha perniagaan ini akan membantu menjayakan program pembasmian kemiskinan di negara ini.

Sempena sambutan ini, YBK juga telah menyampaikan bantuan kewangan kepada 9 Pusat Pemilihan Dalam Komuniti, PDK  sekitar Batang Kali. Majlis juga diraikan dengan persembahan nasyid dan qasidahn pelajar asrama kasih dan acara memotong kek.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;