Serendah, 6/4/2013 – “Bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat” demikian antara mutiara kata yang dipetik daripada ucapan SAC Dato’ Abd Aziz Bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan dalam ucaptamanya di majlis gotong-royong polis bersama anak-anak Asrama Kasih berserta Raiders United sempena sambutan Hari Polis Ke 206. Usaha murni seperti ini dilihat sebagai serampang dua mata kerana selain dapat membantu mengekalkan kebersihan persekitaran, ia juga menjadi medan pertemuan diantara PDRM bersama masyarakat tempatan untuk bergaul dan beramah mesra. 

Pada program tersebut, telah diadakan aktiviti menanam pokok, mengecat, mencantikkan landskap asrama memotong rumput dan sebagainya. Disamping itu, program tersebut telah diadakan penyerahan cenderamata berupa beg sekolah, cermin mata, kompang, jersi bola asrama kasih serta dihiburkan dengan alunan nasyid dan akustis dari Kelab Universal Islamik dari Asrama Kasih. Selain itu, pihak polis juga menyajikan santapan rohani berupa ceramah motivasi bagi meningkatkan potensi diri dalam menerokai alam bawah sedar.

Kesuburan silaturrahim ini akan melahirkan sebuah ikatan yang kukuh diantara PDRM dan masyarakat seterusnya membawa kepada kesepakatan dalam pencegahan perlakuan jenayah dan hasilnya ialah sebuah komuniti yang selamat dan terjamin. 

Komitmen dan bantuan daripada pihak Yayasan Basmi Kemiskinan, Prince Court Medical Centre, Nestle(Malaysia) dan IPD Hulu Selangor dalam menjayakan program ini adalah contoh kerjasama positif yang berjaya dizahirkan dan sememangnya amat dihargai selain diharapkan agar kerjasama ini akan berterusan dimasa-masa akan datang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;