Gesir, 23/3/2013 - Pihak SME Bank telah membawa seluruh warga Asrama Kasih YBK Gesir (Jambo Sakti) melawat Petrosains dan Taman Burung Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 23/3/2013. Program yang bermula jam 8.30 pagi itu telah dimulakan dengan sarapan pagi di SME Bank, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Seterusnya semua pelajar dan kakitangan Jambo Sakti telah dibawa terus ke Petrosains, KLCC. Setiap pelajar telah dibahagikan kepada 5 orang setiap kumpulan yang diketuai oleh 2 orang staf dari SME Bank. Pelajar-pelajar dibawa meninjau, melihat dan merasai sendiri semua pengalaman sebenar replika, model, dan eksperimen yang terdapat di situ. Setiap pelajar begitu teruja untuk merasai sendiri pengalaman pertama kali mereka melawat ke Petrosains.

Lawatan diteruskan dengan acara makan tengah hari di KFC, KLCC. Kemudian semua peserta berhenti untuk solat Zohor di Masjid Negara.

Pada  jam 2.00 petang lawatan diteruskan dengan melawat Taman Burung di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai spesis burung dapat dilihat di sini. Pelajar dapat melihat berbagai rupa, warna dan saiz burung yang tidak pernah mereka temui sebelum ini. Pelajar juga dapat melihat dengan lebih dekat spesis burung-burung di situ di samping mendapat informasi yang lebih lengkap tentang burung-burung tersebut.

Lawatan berakhir lebih kurang jam 5.00 petang dengan kuiz ringkas yang mana soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkisar tentang apa yang telah mereka lihat sepanjang lawatan di Petrosains dan Taman Burung. Peserta program bergerak balik ke Jambo Sakti pada jam 6.00 petang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;