Hulu Selangor, 25/4/2013 - Seramai 25 orang anak-anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (SPM 2012) telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuala Lumpur. Tawaran ini adalah hasil kerjasama daripada Yayasan Basmi Kemiskinan dengan Universiti Kuala Lumpur. Mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Kolej Kemahiran Mara, Institut Profesional Mara dan Universiti Kuala Lumpur.

Selain itu, para pelajar akan menerima biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di situ. Surat tawaran disampaikan oleh Encik Muhammad Nazri Bin Ahmad Dahlan calon Barisan Nasional Dun Batang Kali . Majlis penyampaian turut dihadiri Puan Adibah Binti Zanualdin wakil dari Universiti Kuala Lumpur, Haji Bing Selamat Bin Amir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Encik Zulhairy ketua eksekutif Yayasan Basmi Kemiskinan.

Dalam majlis ini, Encik Nazri Bin Ahmad Dahlan  turut menyatakan hasratnya agar pelajar yang mendapat tawaran ini dapat merialisasikan ilmu bagi menjaga keamanan negara.Tanpa usaha yang gigih dari Cik Zainiah Binti Amin selaku pengetua Asrama Kasih, anak-anak ini mungkin tidak akan dapat mengecapi kejayaan yang mereka nikmati sekarang ini. Semoga dengan kerjasama UNIKL bersama Yayasan Basmi Kemiskinan akan melahirkan anak-anak yang berjaya dalam akademik dan agama.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;