Ara Damansara, 29/4/2013 - Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, Cik Zainiah Mohd Amin meletakkan jawatan sebagai Pengetua Asrama Kasih YBK berkuatkuasa 1/5/2013. Cik Zainiah Mohd Amin yang ditawarkan sebagai Pengetua Asrama Kasih selama 2 tahun sejak 1/1/2012 sepatutnya tamat perkhidmatan pada 31/12/2013, meletakkan jawatan lebih awal atas alasan peribadi.

Walaupun berkhidmat sebagai Pengetua untuk tempuh yang singkat, Cik Zainah berjaya mencatatkan keputusan SPM yang baik dari tahun 2011 sebelumnya. Semua 26 orang pelajar asrama YBK Serendah yang menduduki SPM pada tahun 2012 mencatat purata markah 63.06 % berbanding 13 orang pelajar yang menduduki SPM 2011 yang hanya mencatat 54.4%

Pengurusan YBK hari ini, merakakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada beliau di atas sokongan dan kerjasama bersama YBK. Di dalam mesyuarat Jawatankuasa  Pengurusan & Program yang dihadirinya buat kali terakhir hari ini  di ibu pejabat YBK di sini, Datin Hartini Osman (Pengerusi Jawatankuasa) telah merakamkan penghargaan dan tahunah di atas sumbangan beliau selama berkhidmat sebagfai Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah.

Semuga jasa dan sumbangan beliau bersama YBK akan dihisab sebagai amal jarian dan diberi pahala.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;