Dalam siri lawatan (3) gerak kerja Unit Pembangunan Usahawan Ibu Tunggal YBK Daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang juga merangkap Pengerusi Program YBK telah bersama-sama YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK  melawat premis-premis dan produk-produk yang telah diusahakan oleh AJK unit ini di sekitar Batang Kali, Serendah, Sungai Choh, Bukit Beruntung/Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya.

Pada 16 April, rombongan dibawa melihat penghasilan produk-produk kraftangan dari surat khabar dan juga 'paste' rendang, masak merah, masak hitam, kuah kacang dan juga 'chicken chop' segera yang disahakan oleh Persatuan Ibu Tunggal Batang Kali.  Persatuan Ibu Tunggal Serendah mengetengahkan makanan sejuk beku seperti sardin roll dan juga karipap pusing dan lain-lain lagi. PITU Bukit Beruntung mengusahakan kerepek-kerepek dan juga kuah rojak.

Pada 18 April pula, rombongan telah melawat kePersatuan Ibu Tunggal Sungai Choh yang mengusahakan Tart Bengkulu dan Persatuan Insan Budi Penyayang Taman Bunga Raya yang mengusahakan kerepek pisang dan juga kuih-muih tradisional.  

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti produk-produk yang boleh diketengahkan dan diimprovasikan bagi pasaran secara komersial. Produk-produk yang terpilih, akan dipasarkan di Kedai Koperasi Kasih YBK yang akan dibuka pada 2014 nanti.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;