22 Mei - YBK telah membantu dua pelajar miskin yang tinggal di kawasan Seksyen 19, Shah Alam. Sukarelawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini datang ke rumah ibu saudara mereka untuk melihat dan menyiasat sendiri tentang kesusahan yang dihadapi mereka. 

Sukarelawan YBK yang mendapat maklumbalas dari cikgu kedua-dua pelajar miskin tersebut iaitu Cikgu Miskinah dan En Hashim Anang dari Akhar SINAR Harian telah membantu menunjukkan jalan dan turut  ikut serta kerumah ibu saudara mereka. Kedua-dua pelajar tersebut ialah Muhammad Firdaus Sulaiman ,10, dan dan abangnya iaitu Muhammad Ikram, 11.

Menurut cikgu Miskinah yang berasal dari Tanjong Karang, keluarga kedua-dua pelajar tersebut baru sahaja dihalau dari rumah sewa mereka kerana tidak mampu membayarnya dan akhirnya terpaksa menumpang di rumah makcik mereka.

Ibu Muhammad Firdaus dan Muhammad Ikram ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada YBK kerana sudi mengambil berat tentang nasib yang dialami oleh mereka.

Muhammad Firdaus dan Muhhamd Ikram kini belajar di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 dan dijangka akan berpindah ke Sekolah di Gesir, Behrang sebaik sahaja mendapat bantuan daripada YBK

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;