Shah Alam - Seramai 35 orang warga kerja YBK telah mengikuti Bengkel Strategi Lautan Biru di sebuah hotel di sini. Bengkel yang dirancang sejak awal tahun telah memberi pendedahan kepada peserta dari kalangan pegawai, lembaga pemegang amanah dan Sukarelawan YBK dengan falsafah Strategi Lautan Biru dalam merancang dan melaksanakan semua program pembasmian kemiskinan oleh YBK.

Sepanjang tempuh bengkel, warga YBK diberi pendedahan tentang Falsafah Strategi Lautan Biru disamping model serta tools yang sangat berguna untuk merangka perancangan YBK di masa depan. Malah peserta juga diberi peluang mempraktik model dan tools yang diperkenalkan dalam sesi latihan.  Peserta juga telah diberi suntikan semangat dan motivasi dengan kajian kes dan testimonial kejayaan tokoh dan syarikat yang berjaya menempa nama di dunia perniagaan antarabangsa.  

Bengkel selama 3 hari ini dikendalikan oleh Encik Rahim Aziz, yang merupakan fellow Yayasan Kepimpinan Strategik Malaysia. Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia koperat dan pengurusan juga bekas CEO Amanah Saham Saham Selangor ASAS. Beliau juga telah memberi komitmen akan membantu YBK dalam memberi motivasi kepada pelajar Asrama kasih dalam usaha memberi semangat kepada pelajar YBK mencatat prestasi pelajar yang lebih baik.

Dalam sesi penutup Dato Zainal Abidn Hj Sakom selaku Pengerusi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan bengkel ini. Beliau berharap semua warga YBK bersedia berubah dan berusaha melaksanakan sesuatu yang lebih baik untuk YBK dengan menggunakan pendekatan strategi lautan biru yang dipelajari sepanjang sesi bengkel ini. Beliau juga memberi huraian bagaimana pepatah Melayu 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang' sangat bertentangan dengan 'Strategi Lautan Biru'

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;