Kelana Jaya, 29/6/2013 - Satu mesyuarat berkenaan Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) untuk sekolah Selangor telah diadakan di pejabat (lama) Kelana Jaya hari ini. Taklimat tersebut bertujuan memberi penerangan kepada guru penyelaras KUNTUM dari sekolah dari seluruh negeri Selangor yang terpilih menyertai Program KUNTUM.

KUNTUM atau kumpulan tusiyen hujung minggu adalah program pembasmian kemiskinan melalui pendidikan yang dibiaya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah di bawah peruntukan Kecemerlangan Pelajar Miskin. Program ini telah dilaksanakan oleh YBK sejak 1993 dan mula mendapat pembiaytaan oleh KKLW sejak tahun 2003.

Tahun 2013 YBK telah memilih sebanyak 19 sekolah dari seluruh Selangor disamping 16 sekolah dari luar Selangor. Dalam mesyuarat ini semua sekolah bersetuju untuk mengadakan majlis pelancarang KUNTUM di Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Raya Hulu Selangor pada bulan Ogos iaitu selepas Hari Raya Idilfitri. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;