Sanglang Perlis - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan majlis agihan bantuan kewangan Sinar Kasih Ramadhan 2013 sebanyak RM550.00 setiap keluarga. Kali ini YBK telah mengagihkan sumbangan kepada 4 orang penerima dari Sanglang Perlis dan 6 orang keluarga miskin dari sekitar Kubur Panjang. 

Di Sanglang penyerahan wang sumbangan kepada keluarga miskin terpilih disempurnakan di rumah setiap penerima oleh Cikgu Mukhtar Arshad yang juga merupakan Penyelaras KUNTUM di SMK Sanglang. Mereka yang menerima sumbangan terdiri daripada Puan Sharliana bt Nayan (ibu tunggal) yang bekerja sebagai pembantu kedai buku sekolah yang menyara 2 orang anak bersekolah dan ibu bapa yang sakit, Encik Norzami bin Zainal Abidin pesakit strok yang menyara 4 anak bersekolah, Encik Hassan Othman tidak bekerja yang terpaksa menyara 4 orang bersekolah dan En Aziz Ahmad seorang buruh sambilan yang menyara 3 anak bersekolah.

Manakala di Kubur Panjang majlis penyerahan diadakan pada jam 12.00 tengahari di SMK Kubur Panjang yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Encik Zabidi Yahya bersama Cikgu Serifah Md Isa (Penyelaras KUNTUM) di pejabat Pengetua Sekolah. Seramai 6 keluarga terpilih iaitu Encik Azmi  tukang kebun sekolah (5 orang anak sekolah), Ismail bin Hussein tukang kebun sekolah (4 anak sekolah), Md Arif Othman mengambil upah menoreh getah (6 anak sekolah), Miss Meedah Awae ibu tunggal yang bekerja mengambil upah menoreh getah yang menanggung 3 orang anak bersekolah, Mohmad bin Ishak mengambil upah menoreh getah yang menyara 5 orang anak bersekolah dan Ramly bin Bakar ambil upah potong rumput (4 anak sekolah)

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;