Di Sekysen 19 Shah Alam, YBK mengadakan perjumpaan dengan Puan Hjh Akhtari Bee bt Badru Duja Khan cikgu SMK Sekysen 19 Shah Alam untuk majlis memberi sumbangan Sinar Kasih Tramadhan 2013 kepada 2 keluarga iaitu Puan Julia bt Mahmud dari Seksyen 26 Kg Baru HICOM yang menyara 7 orang anak (6 bersekolah) termasuk seorang OKU dan Puan Zahariah bt Ismail seorang ibu tunggal dari Seksyen 19 yang menyara seorang anak bersekolah. Walau bagaimana sumbangan diserahkan kepada cikgu Hjh Akhtari untuk disampaikan kepada penerima.
Selepas itu YBK menemui seorang ibu tunggal di Flat Seksyen 7 Shah Alam yang menghadapi masalah kesihatan (fibroid) yang terpaksa menyara 3 orang anak bersekolah. Beliau menyara hanya bergantung pendapatan dari pencen ilat suaminya yang meninggal 2 tahun lepas disamping mengambil upah menolong masak. Akhir sekali YBK memberi sumbangan kepada Puan Faridah Hanum dari Flat PKNS Seksyen 16 Shah Alam yang menyara 2 orang anak bersekolah kerana suami jatuh sakit dan tidak mampu bekerja.