Benut, 14/7/2013 - YBK telah menyumbang bantuan Sinar Kasih Ramadhan 2013 kepada keluarga termiskin di Kg Parit Hj Yusof, Benut Pontian. Sumbangan yang telah disampaikan oleh YB Dato Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian di Masjid Parit Hj Yusof. Seramai 44 keluarga miskin dari kampung bersekitaran telah terpilih menerima bantuan sebanyak RM250.00 setiap keluarga.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Dato Dr Mat Yassir Ikhsan, pegawai dan Sukarelawan YBK. Majlis yang dihadiri lebih 150 orang dari kalangan penduduk tempatan disamping 34 orang dari 44 penerima bantuan yang layak. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh imam masjid.

YB Dato Ahmad Maslan dalam ucapan merakamkan terima kasih kepada Yayasan Basmi Kemiskinan kerana terus menyokong dan memperuntukkan bantuan Sinar Kasih Ramadhan kepada penduduk miskin terpilih dalam parlimen Pontian sejak tahun tahun 2010 hingga kini. Penerima bantuan dan hadirin juga diraikan dengan jamuan berbuka puasa yang disediakan. Majlis bersurai setelah menjalankan ibadat solat Maghrib berjemaah.   

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;