9 Julai 2013 - Sehari menjelang Ramadhan, YBK yang diketuai YBHg Dato’ Pengerusi dan YBhg Datin Hajah Hartini Osman menyusuri kawasan setinggan di Tengku Badar, Port Klang bagi menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada 5 keluarga di kawasan tersebut. En Mohd Shah bin Mohd Sani, Pn Esah, En Hassim Hassim bin Majid, En Saleh dan Pn Norrehan. Turut bersama dalam penyampaian sumbangan tersebut adalah Encik Ahmad Syahir bin Sarani, Pengurus Besar Institut Perkembangan Minda (INMIND) dan Encik Hashim Anang dari Kumpulan Media Karangkraf.

10 Julai 2013 - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kesihatan anak bongsu yang tidak menentu sering keluar masuk hospital menyebabkan En Mohd Zaki bin Udin terpaksa berhenti kerja di sebuah syarikat swasta di Brunei. Isteri beliau, Pn Junaidah Mohd Isa seorang suri rumah tangga menjaga 9 orang anak, Muhammad Hilmi Danish (13 Tahun), Muhammad Hirzi Diniy (11 tahun), Nur Hasya Dania (9 tahun), Nur Haifa Dhia (7 Tahun), Muhammad Hafiy Darwisy (5 tahun), Nur Hafza Delisha (4 tahun), Nur Humaira Dalia (3 tahun), Nur Haarisa Daifia (2 tahun) dan Nur Hadzkyia Daneen (7 bulan). Kini beliau menyara kehidupan 9 orang anaknya dengan mengerah keringat sebagai tukang cat yang pendapatannya tidak menentu. YBK tampil menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 1434H dan menawarkan tempat anak beliau di Asrama Kasih Jambor Sakti. 

10 Julai 2013 - YBK menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan kepada 4 keluarga di Cheras, En Hasnizan Musa, Pn Aini bt Idris, Pn Sabariah Hasim dan Pn Noraini bt Mior Hamzah. Hadir bersama Puan Intan Rahim, sukarelawan YBK yang telah bersama-sama YBK dalam misi membantu duafa fakir selama 2 tahun berturut-turut. Terima kasih Puan Intan. 

11 Julai 2013 - YBK menyampaikan sumbangan kepada 3 keluarga yang kurang berkemampuan di PPRT Lembah Subang. Antara penerimanya adalah Puan Norhashimah Samsuddin. Puan Norhayati Jaafar dan Pn Zaleha Sarif. YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah sudi meluangkan masa beliau bagi Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2013M/1434H. Hadir bersama-sama dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah krew dari Mysuaranet. 

11 Julai 2013 - YBK menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 1434h kepada 4 keluarga di Bukit Beruntung, En Zulkifli Abu, En Husain Kasim, En Jainal in Muksin dan En Zainal Abidin Mohammed Isa. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi sinar bagi ramadhan tahun ini. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;