Hulu Selangor, 22/7/2013 - YBK meneruskan aktiviti mengagih bantuan kewangan Sinar Kasih Ramadhan 2013 kepada golongan termiskin di sekitar daerah Hulu Selangor. Kali ini 5 penerima bantuan iaitu Batang Kali (2 penerima), Kuala Kubu Bahru (1 penerima), Rasa (1 penerima) dan Kerling. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg Datin Serifah Ahmad, isteri Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan

Penerima bantuan kewangan Sinar Kasih Ramadhan 2013 tersebut adalah Puan Siti bt Muhamad, warga emas (76 tahun) dari Kg Pasir Kerling tinggal bersama seorang anak perempuan (58 tahun), Puan Khamsiah Yaakub (60 tahun) dari Kg Kelapa Kuala Kubu Bahru (beliau pernah mendapat faedah apabila anaknya (Mahadi Samunggil) adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah (1994) dan Rokiah bt Husin (65 tahun) dari Rasa Tambahan. Semua warga emas ini tidak pernah pernah menerima bantuan dari mana-mana agensi kerajaan sebelum ini.

Penerima ke 4 adalah Puan Samsinar (ibu tunggal) yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dari Kg Genting Malik yang mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah dan 2 telah bekerja sebagai pembantu kedai yang juga menerima bantuan RM300 sebulan dari Jabatan Agama Islam Selangor. Akhir sekali Puan Selamah Ahmad dari Kg Genting Malik seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak (2 tidak bersekolah, 2 sekolah dan 2 orang masih kecil) yang juga tidak mempunyai sebarang pekerjaan selain bantuan RM300 sebulan dari Jabatan Agama Islam Selangor

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;