SERENDAH โ 3 Ogos 2013 di dewan Asrama Kasih YBK Serendah satu majlis perjumpaan bersama ibu bapa dan semua pelajar-pelajar Asrama Kasih telah diadakan sebelum asrama melepaskan anak-anak Asrama Kasih pulang bercuti hari raya ke pangkuan keluarga masing-masing. Turut hadir di majlis tersebut ialah Tn. Hj. Bing Selamat b. Amir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Encik Zulhairy b. Jalaluddin ketua pegawai Eksekutif YBK.ย Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi Pemangku Pengetua telah menyampaikan ucapan aluan dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir sebagai tanda sokongan kepada pihak Pengurusan Asrama Kasih. Dalam ucapannya Beliau mengambil kesempatan berkongsi cerita tentang suka duka pahit dan manis menguruskan anak-anak di Asrama Kasih YBK. Beliau juga mengharapkan pihak ibu bapa dan penjaga turut sama-sama memberikan kerjasama dalam mengasuh dan mendidik anak-anak ini serta faham dan akur kepada kehendak dan peraturan asrama. Beliau juga sangat terharu dengan sumbangan baju raya anak-anak Asrama Kasih yang tidak putus-putus diberikan oleh Yg. Bhg. Datoโ Jawahar Ali b. Taib Khan iaitu Pengarah Urusan Ali Maju Sdn Bhd.
Turut sama menyampaikan ucapan ialah Tn.Hj. Bing Selamat Amir selaku mewakili Yg. Bhg. Datoโ Hj. Zainal Abidin b. Sakom Pengerusi YBK. Beliau menyampaikan penghargaan terima kasih di atas komitmen komitmen ibu bapa kepada setiap program dan agenda Asrama Kasih YBK. Dalam ucapannya Beliau menegaskan agar anak-anak ini perlu labih kuat berusaha dan berazam ingin Berjaya di dalam hidup serta tidak menjadikan kemiskinan sebagai alas an tidak boleh berjaya.
Upacara penyampaian cenderamata kepada 28 orang pelajar yang cemerlang dalam akademik serta 2 lagi cenderamata diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan mata pelajaran iaitu adik Nurul Syahida bt Shaari dan Adik Mohammad Hasrul B. Jalil sebagai Pelajar Contoh Asrama Kasih YBK 2013. Seterusnya upacara penyampaian sumbangan baju raya daripada Datoโ Alijawahar b. Taib Khan Pengarah Urusan Ali Maju Sdn. Bhd yang disampaikan oleh Tn. Hj. Bing Selamat b. Amir serta diiringi oleh En. Zulhairy Jalaludin dan Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi.