Sempena Majlis Hari Raya Idilfitri, YBK juga mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Hari Kelahiran Dato Zainal Abidin Hj Sakom, Pengerusi YBK yang ke 63 tahun. Majlis yang dimulakan dengan solat jemaah Maghrib dan diikuti Bacaan Yassin, Doa Selamat, Solat jemaah Isyak dan Solat Hajat turut dihadiri oleh YBhg Dato Wira Ali Rustam bekas Ketua Menteri Melaka yang banyak berjasa kepada YBK. ADUN Batang Kali dan ADUN Hulu Bernam Tuan Nazeri Dahlan dan Datuk Rosnah Soharย serta penduduk sekitar turut hadir memeriahkan majlis bersama alumni pelajar Asrama Kasih dan bekas Pengetua Asrama Kasih Tuan Hj Latiff Husein .
YBhg Dato Zainal Abidin Hj Sakom dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sekian lama menyokong YBK. Juga kepada Dato Wira Ali Rustam yang membantu YBK menyelesaikan isu tanah dan menyelesaikan kes keengganan Kerajaan Selangor apabila memberikanย kebenaran merancang kepada YBK untuk pembinaan UiTM Serendah. Dato Wira telah menawarkan sebidang tanah di Kg Seri Mendapat Merlimau Jasin Melaka bagi merealisasikan hasrat YBK membangunkan UiTM Melaka Kampus Jasin seterusnya membolehkan YBK menjana pendapatan untuk meneruskan program pembasmian kemiskiann.
Para hadirin telah dijamu dengan makanan pelabagai juadah dan kuih muih disamping persembahan nyanyian oleh pelajar asrama dan kumpulan kebudayaan. Majlis telah diakhiri dengan persembahan bunga api yang telah memeriahkan lagi majlis sambutan.