Pekan 4/8/2013 – YBK telah memberi sumbangan zakat sebanyak @RM250.00 setiap keluarga miskin kalangan asnaf di Pekan yang melibatkan sejumlah RM50,000.00. Sumbangan telah disampaikan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Dato Zainal Abidin Hj Sakom kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Pekan untuk 200 keluarga asnaf. Turut sama menyumbang bantuan zakat adalah Bank Rakyat, UDA, Tabung Haji  dan lain-lain syarikat swasta. YBK yang diwakili oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK iaitu Tuan Hj Bing Selamat Amir dan Datin Hartini Osman serta pegawai YBK. Sebelum majlis penyampaian zakat Dato Zainal Abidin Hj Sakom juga telah menyampaikan ceramah bertajuk Ramadhan & Lailatul Qadar kepada para hadirin. 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;