Subang Jaya - YBK melalui program Skuad Kasih YBK (SKY) telah memberikan  sedikit sumbangan  kewangan buat adik Nurul Hasida Tasha bt Mohd Nor Azahar yang berusia 19 tahun dari Sekolah Menengah Pei Yuan, Malim Nawar, Perak.  Nurul Hasida telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di National Taiwan University of Education dalam bidang Language and Literature (Mandarin) selama 4 tahun.  Beliau adalah satu-satunya pelajar Melayu  yang terpilih dari Sekolah Menengah Pei Yuan Perak dan yuran pengajiannya ditanggung  sepenuhnya oleh pihak universiti.

Sumbangan YBK disampaikan oleh Rosmaiza Mohamad Eksekutif YBK. Beliau akan bertolak ke Taiwan pada 5hb. Semoga adik Nurul Hasida akan terus cemerlang dalam pengajiannya dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;