ย Kg Gesir Tengah, 7/9/2013 5.30 petang. Hari ini saya menghantar seorang pelajar dari Simpang Empat Bagan ke Asrama Kasih YBK Gesir ke Asrama Kasih YBK Gesir. Masa itu hampir semua pelajar lelaki leka bermain bola sepak dan sebahagian lagi bermain badminton. Terdapat juga yang menjadi penonton. Mungkin mereka sudah selesai beriadah dan bersiap untuk agenda seterusnya.

Walaupun hanya bermain dengan kemudahan dan perkakasan yang alah kadar, tetapi mereka memang asyik dan fokus. Malah hampir semua tidak sedar dengan kehadiran saya sebagai tetamu bersama pelajar baru. Nurezati Atirah bt Kamaruddin pelajar darjah 5 dari Sekolah Kebangsaan Sungai Kepal Simpat Empat Bagan Seraiย  yang kematian emak dan bapa yang hilang upaya akibat diserang strok. Sebelum ini dia dipelihara oleh neneknya bersama 2 orang abangnya yang masih bersekolah.

Tetapi bila tepat jam 6.15 petang Pembantu Pengetua Elly mula mengarah semua mandi untuk bersiap makan malam dan seterusnya solat Maghrib. Tetapi macam biasa pelajar asyik bermain tanpa menghirau arahan dari Pembantu Pengetua. Itulah tugas pembantu pengetua mengarah pelajar berhenti bermain bila tiba waktu seperti yang dicatat dalam SOP Asrama Kasih YBK. Pelajar perempuan mula menuju ke bilik air. Mereka patuh dan berdisiplin, tetapi tidak pelajar lelaki.

Pembantu Pengetua terus mengarah pelajar supaya berhenti. Tetapi mereka masih tidak menghiraukan dan terus leka. Begitulah ..ย  Macam kita mengurus anak-anak di rumah. .ย  . anak-anak buat tak peduli je. Melihat tingkah Pembantu Pengetua, akhirnya saya campur tangan. Walaupun saya tidak garang . .ย  tetapi sekali dengan satu arahan mereka akhirnya berhenti dan bersiap unutk mandi.

Begitulah YBK menguruskan pelajar Asrama Kasih YBK Gesir. Begitulah hari-hari Pengetua dan Pembantunya menguruskan akan Asrama Kasih YBK setiap hari, tetapi tabah dan dedikasi menguruskan 36 orang anak-anak yatim dan miskin yang di bawah Asrama YBK di Gesir

Zulhairy Jalaluddin, 7/9/2013

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;