Kg. Gesir Tengah - Asrama Kasih YBK Gesir telah menerima kunjungan para pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Program Semaian Kasih Tautan Ukhwah. Objektif program ini adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir melalui program berbentuk kemasyarakatan dan motivasi yang telah disusun atur. Program ini terbahagi kepada dua fasa di mana fasa pertama mengfokuskan kepada aktiviti gotong-royong di Asrama Kasih dan pemasangan 10 set komputer yang disumbang khas.

Kehadiran rombongan pelajar UKM seramai 30 orang yang diketuai oleh saudara Khairul Anuar Ahmad dan saudara Suzali Abdul Halim disambut oleh pengurusan Asrama Kasih YBK Gesir dan Encik Audi Faliq Ibrahim selaku wakil pengurusan YBK. Program dimulakan dengan sesi taklimat, ucapan pembukaan dan penyerahan sumbangan set bahan bacaan, 'goodies' dan set komputer. Aktiviti diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk aktiviti pembersihan, mengecat dan pemasangan set komputer. Program diakhiri dengan makan tengahari, solat zohor berjemaah dan sesi penutup ringkas sebelum rombongan pelajar UKM berangkat pulang pada jam 2 petang.

Fasa kedua program ini akan berlangsung di Kalumpang Resort pada 21 dan 22 September 2013 dengan fokus kepada aktiviti motivasi dan pemantapan kumpulan (team building).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;