Kuala Lumpur, Memoral Tun Abdul Razak, 28/9/2013 -  satu perundingan meja bulat NGO Islam (Muslim UPRo) anjuran Majlis Amal Islami Malaysia, YADIM dalam membincangan tuntutan COMANGO dalam semakan Universal Periodical Review (UPR) kepada United Nation Human Right Council (UNHRC) akan datang. YBK menyokong Muslim PRUo mendesak kerajaan supaya bertegas dalam  mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan COMANGO tersebut.

COMANGO yang mendakwa sebagai Coalition Of Malaysian NGO terdiri dari 54 NGO adalah pertubuhan tidak sah apabila hanya 12 NGO yang berdaftar secara sah di Malaysia. NGO yang menganggotai COMANGO ini termasuklah  SIS Forum (Sister In Islam) dan SUARAM yang menjadi alat kepada anasir luar dan musuh Islam yang hanya mahu Malaysia mengikut kehendak dan acuan mereka.

Tuntutan COMANGO termasuklah kebebasan memilih Agama (pengistaharan murtad kalangan Melayu secara terbuka), mendesak Malaysia menerima hak berlandaskan SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) dan Prinsip Yogjakarta 2006  (kebebasan amalan Lesbian Gay Bisexual Transgender seterusnya menghapuskan undang-undang liwat di Malaysia),  mempersoalkan enakmen kesalahan jenayah syariah (pondan), membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan kebebasan beragama (seperti hak menggunakan kalimah Allah oleh penganut kristian dan fahaman Syiah kalangan orang Islam), mendesak Malaysia menerima International Covernant on the Elimination of All Form Racial Discrimination, ICERM (memaksa Malayisa menerima tafsiran racist mengikut tafsiran barat) dan mempertikai hak istimewa Orang Melayu dalam Perlembagaan.

Beberapa orang dari kalangan peguam yang berwibawa akan mewakili PRUo Muslim akan ke Geneva dalam usaha melobi menyanggah tuntutan COMONGO di Geneva nanti pada 24/10/2013.  Marilah kita berdoa kejayaan mereka seterusnya memelihara Islam dan kedaulatan Malaysia di mata dunia

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;