6 Oktober 2013, Ahad - Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita buat kali kedua telah diadakan di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung dengan penyertaan dari penduduk sekitar pangsapuri di kawasan terbabit. Program anjuran bersama Yayasan Basmi Kemiskinan dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) telah mendapat kerjasama padu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, Klinik Kesihatan Bukit Sentosa, Klinik Kesihatan Pergigian Serendah, ahli Rukun Tetangga dan UMNO cawangan Pangsapuri Kenanga serta Sukarelawan YBK. Program dimulai dengan senamrobik diikuti dengan ceramah kesihatan sebelum aktiviti pemeriksaan kesihatan diadakan iaitu pemeriksaan pap smear, pemeriksaan payu dara, tekanan darah, berat badan ideal, glokus dan pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Seramai 150 orang telah mengambil peluang ini menjalankan ujian kesihatan am, 50 orang menjalani ujian pap smear dan lebih 50 orang kanak-kanak menjalani ujian pemeriksaan gigi yang dikendalikan oleh dentist dari Pusat Kesihatan Serendah 

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ADUN N07 Batang Kali. Dalam ucapan penutupnya beliau berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada penduduk-penduduk di sekitar Pangsapuri Kenanga untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma berhampiran dengan kediaman mereka. Pada majlis tersebut juga pihak PUSPANITA yang diketuai oleh Afriza Hani Mohd Sinon telah sudi menyampaikan cek sumbangan kepada YBK yang diterima oleh Encik Zulhairy Jalaluddin. 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;