Kemudian rombongan ke surau Al-Sabirin Kg Catiel, iaitu lebih kurang 5km dari Kg Vil Vung di mana Majlis Ibadat Qurban disempurnakan. Untuk sampai ke sini rombongan terpaksa menaiki motosikal kira-kira 7km ke kawasan yang sering mengalami banjir dengan melalui tebing sawah.  Sebanyak 5 ekor lembu telah disumbang oleh YBK sempurna diqurbankan dan diagih-agihkan kepada isi rumah  Islam sekitar 3 kampung berhampiran. Di kampung ini terdapat sebuah surau yang menampung tempat sembahyang jemaah kepada 100 orang penduduk ini pula memerlukan keperluan generator elektrik bagi keperluan solat berjemaah waktu malam terutamanya solat tarawikh. 

Pada 19/10/2013, rombongan YBK melawat Kg Phon Tria 3, dalam Wilayah Kampung Cham terletak  lebih kurang 100km dari Phnom Penh. Untuk sampai ke kampung ini, rombongan  terpaksa menyeberang Sg Mekong dengan feri. Kawasan di sini kebanyakan penduduk merupakan nelayan Sg Mekong yang sangat miskin. Rombongan disambut hampir 50 penduduk Islam tempatan dan 100 kanak-kanak.  Sebuah rumah usang telah digunakan untuk memenuhi pembelajaran fardhu ain bagi anak yatim dan miskin anak-anak muslim di sini. Seperti kelas fardhu ain di Kg Vil Vung penduduk memohon pertimbangan YBK akan dapat membiayai gaji guru Agama dan keperluan pembelajaran mengaji quran dan muqadam serta fardhu ain.  Buat masa ini seramai 40 anak belajar mengaji dan 60 belajar muqaddam sedang belajar di kelas ini. Sebuah masjid Sahabi Osman bin Afan yang menampung 100 penduduk memerlukan penyelenggaraan seperti ‘retaining wall’ bagi mengatasi masakah banjir.

Dalam perjalanan balik ke Phnom Penh, rombongan telah di bawa ke lokasi di mana pihak Persatuan Kanak-Kanak Muslim Cambodia merancang membangunkan sebuah sekolah tahfiz untuk anak yatim. Tanah milik Encik Syukur Ibrahim terletak di Wilayah Kampong Thom, Kg Terpan Cuk seluas 2 ekar. YBK juga diminta membantu menjayakan projek sekolah tahfiz persatua

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;