Sungai Buaya - Maahad Tahfiz Darul Quran Sungai Buaya hari ini menerima kunjungan YBhg Dato’ Haji Zainal Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan dan YBhg Datin Hajah Hartini Osman bagi menyampaikan sumbangan YBK sebanyak RM 20,000.00 bagi pembinaan asrama puteri pelajar-pelajar tahfiz berkenaan. Kunjungan YBhg Dato’ Pengerusi disambut mesra oleh Mudir Tahfiz, Ustaz Haji Mohd Nurulhak bin Sulaiman dan 30 pelajar baru tahfiz tersebut.

YBhg Dato’ Pengerusi dalam ucapan beliau menasihatkan agar para pelajar tahfiz menanamkan rasa tanggungjawab ‘zahir dan batin’ kerana hasil tuaian hari esok adalah berkat usaha gigih hari ini. Oleh yang demikian, tumpukan sepenuh perhatian dalam pengajian tahfiz agar generasi ini akan dapat menjadi generasi ilmuan tahfiz yang mampu dibanggakan oleh Sungai Buaya khususnya dan Malaysia amnya.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;