Serendah - Asrama Kasih YBK Serendah buat julung kalinya mengadakan Majlis Pelancaran logo, bendera dan lagu Asrama Kasih yang baru. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Mat Nadzri bin Mohd Dahlan, Adun N07 Batang Kali yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor. Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan dan YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah.

YBhg Dato’ Pengerusi YBK dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan ASKA Serendah di atas inisiatif melancarkan ‘Negara ASKA’. Majlis dimulakan dengan upacara pemeriksaan barisan Kadet Askar Wataniah dan diikuti dengan pertunjukkan formasi serta Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh pasukan kadet tersebut. Dalam majlis tersebut, 5 ahli lembaga penasihat disiplin ASKA turut disampaikan watikah perlantikan. Kami dari YBK menyanjung tinggi usaha murni yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan asrama dalam mentransformasikan Asrama Kasih.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;