CAMERON HIGHLANDS, 26 Oktober 2013 - YBK melalui Unit Sukarelawannya mengambil inisiatif untuk menghantar sumbangan kepada mangsa banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang. Sumbangan berupa barangan keperluan harian diberikan kepada mangsa-mangsa banjir yang dikumpulkan di Dewan Orang Ramai Ringlet. Seramai 21 buah keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan ini yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang. Rombongan YBK yang terdiri dari 4 orang pegawai dan seorang Sukarelawan dibantu oleh Encik Ahmad Baihaki dari Jabatan Perangkaan Perak. Sumbangan YBK diserahkan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif YBK dan diterima oleh Encik Ismail, wakil daripada JKM Pahang. Pihak JKM Pahang melahirkan penghargaannya kepada YBK atas daya usaha dan inisiatif untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang amat memerlukan barang-barang keperluan harian. YBK dimaklumkan terdapat 87 orang mangsa keseluruhannya daripada 21 buah keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan tersebut. Agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Pusat ini antaranya adalah JKM Pahang, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu keluarga-keluarga yang tidak bernasib baik ini untuk memulakan semula kehidupan mereka.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;