SERENDAH, 2 November 2013 -ย Asrama Kasih YBK serendah, telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang merupakan pelajar tahun akhir di asrama ini.Tenaga gerak kerja majlis ini telah dijayakan oleh kakitangan warden asrama dan di bantu oleh barisan pengawas asrama. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu warden Syaiful Akmal, bacaan doa oleh Hj. Rashidi, ucapan dari wakil pelajar asrama, ucapan wakil dari pelajar tingkatan 5 iaitu adik Izat Syafie seterusnya ucapan Pemangku Pengetua Pn.Halimaton Saadiah diikuti dengan penyampaian cenderahati sumbangan Asrama Kasih, sertaย jamuan makan malam dan persembahan tayang video dan juga persembahan pentas dari pelajar-pelajar yang mewakili setiap tingkatan.
Pihak Asrama Kasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang Majlis ini berlangsung. Harapan dari majlis ini dapat merapatkan hubungan baik antara pengurusan asrama dengan anak-anak asrama kasih serta sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 setelah 5 tahun bersama jatuh dan bangun tinggal di asrama kasih ini.
ย