Pacific Regency Kuala Lumpur, 31/12/2013 - YBK mengadakan Majlis Malam Penghargaan 2013 dan Sambutan Sejuta Harapan Tahun Baru 2014 di Pacific Regency Kuala Lumpur. Seramai 200 orang warga kerja YBK bersama keluarga hadir meraikannya dan menikmati hidangan jamuan, persembahan lagu, pertandingan Karakoe dan cabutan nombor bertuah.

Sempena Malam Penghargaan, YBK telah menyampaikan cenderamata kepada semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan besar dan komitmen mereka kepada kejayaan yayasan selama ini.

Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sakom dalam ucapan berkata, YBK akan meraikan Jubli Perak sempena 25 tahun YBK pada tahun 2015 akan datang setelah melalui pelbagai kesulitan,  halangan dan dugaan. Sebagai suatu yayasan yang berjaya dan bertahan ke usia 25 tahun, sudah tentulah kesungguhan dan komitmen warga  kerjanya sangat dituntut. Setiap orang kakitangan hendaklah dedikasi dan sentiasa menilai dari masa ke semasa prestasi kerja masing-masing.

Disamping prestasi (KPI), beliau berharap setiap orang sedar dan insaf apa juga sumbangan mereka bukan sahaja ditafsir secara zahir sebagai tugasan yang ditetapkan dan yang dibayar gaji, tetapi lebih dari itu.  Semua orang mesti tahu secara ghaib atau spiritualnya, kerja mereka akan dihisab sebagai amal soleh oleh Allah swt yang akan menempatkan mereka ke syurga. Malah hati mereka yang tahu samada mereka benar-benar telah menyumbang kepada yayasan atau sebaliknya. Hati sendirilah yang menyelia, memberi inpirasi dan seterusya menyebabkan bekerja kerana janji Allah dan bukan semata-mata kerana teguran  pegawai atasan mereka.

Beliau berharap YBK akan terus dinamik, inovatif dan sentiasa melaksanakan perbagai pembaharuan dalam memastikan yayasan terus relevan. Begitu juga dugaan dan persekitaran yayasan yang sentiasa berubah mengikut waktu. Katanya, ingat! ...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI". Air sentiasa bergerak begitu juga waktu.

Maka itu sebabnya YBK sentiasa reaktif dan responsive bila melakukan anjakan dengan pengstrukturan semula YBK hasil percambahan fikiran pada tahun 2012 di Port Dickson dan Bengkel Blue Ocean Strategy pada tahun 2013. YBK menubuhkan Yayasan Bina Kesejahteraan bagi mengalihkan program kemiskinan YBK kepada suatu isu yang lebih relevan buat masa sekarang iaitu soal kesejahteraan hidup

Majlis berakhir dengan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru 2014 di sekitar bangunan yang dapat disaksikan tetamu

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;