Shah Alam 12/1/2014 - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), NGO di bawah Akta Pertubuhan yang ditubuhkan mengadakan Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah bertujuan menjaga serta menguatkan kedudukan Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w di Malaysia ini. Yayasan Basmi Kemiskinan bersama NGO Islam yang lain juga terlibat menjayakan program ini.

YBK menyokong dan mengambil bahagian dalam Seminar yang pertama ini membariskan tiga kertas kerja iaitu "Akidah Ahli Sunnah Waljamaah" disampaikan oleh Prof Madya Dr Kamaruddin Hj Salleh - UKM, "Kepentingan Bermazhab" disampaikan oleh Ustaz Zamihan Mat Zin - Pegawai dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) serta "Tasawwuf dan Tariqat Disisi Ahli Sunnah" disampaikan oleh Us. Abu Syafiq Mohd Rasyiq b. Mohd Alwi (ASWAJA). Seminar ini dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Zaharin B. Mohd Saad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).

Seminar ini telah menarik penyertaan lebih 400 orang dari kalangan pelajar dan orang awam. Akhir seminar, ASWAJA telah mengeluarkan 7 resolusi iaitu antara lain menetapkan hanya Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berlandaskan Manhaj Al-Syairah Al Maturidiah sahaja yang wajib dianuti oleh umat Islam di Malaysia. Resolusi di bawa dan disokong oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato Wan Zahidi Wan Teh.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;