Asrama Kasih YBK Serendah 1/1/2014 - YBK telah mengadakan hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 bagi kemasukan sesi 2014. Seramai 40 buah keluarga yang hadir membawa bersama - sama anak mereka mendaftar pada hari tersebut. Sebelum sesi pendaftaran bermula taklimat pengenalan Asrama Kasih YBK Serendah telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi. Antara pengisianya adalah mengenai sejarah penubuhan ASKA, Infrastruktur  Asrama, perbelanjaan tanggungan dan peraturan -peraturan tinggal di asrama

Pada jam 10. 30 pagi pula ucapan istimewa daripada Yg. Bhg. Dato Hj. Zainal Abidin B. Sakom di mana beliau mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa pada hari tersebut. Beliau berharap anak-anak yang baru mendaftar memasuki asrama ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan di asrama serta mestilah berazam menjadi anak yang berjaya yang dapat menyumbangkan jasa kepada ibu bapa mereka kelak. Seperti kata beliau ibarat buah kelapa sawit yang asalnya hanya 'raw material' tetapi setelah diproses melalui pelbagai peringkat sehingga boleh menghasilkan vitamin yang sangat berkhasiat serta tinggi qualiti nilainya. Malah YBhg Dato mengingatkan ibu bapa bagaimana pelajar baru akan melalui pengalaman baru iaitu hidup dengan peraturan asrama bagi memastikan mereka berjaya kelak. Oleh itu sepanjang mereka hidup dengan disiplin dan peraturan mereka sudah tentu pada awalnya merasa tidak selesa, berusaha membiasakan dan akhirnya merasakan nikmat bagaimana hidup dengan peraturan hidup.    

Jabatan kesihatan Kuala Kubu Dan Klinik Kesihatan Serendah juga tidak ketinggalan membuka 2 kaunter pemeriksaan kesihatan dan 1 kaunter pameran kesihatan. Kesuluruhan pendaftaran selesai pada jam 4.30 petang.Sehingga selesai sesi pendaftaran seramai 11 dari 13 orang pelajar darjah 4 dan 5 yang ditawarkan mendaftar ke Asrama Kasih YBK Gesir, manakala seramai 38 daripada 59 orang pelajar Tingkatan 1 yang ditawarkan mendaftar ke Asrama Kasih YBK Serendah 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;