YBK telah mengadakan lawatan kerja ke Bandung dan Jakarta, Indonesia pada 7-10 Mac 2014. Rombongan terdiri warga kerja YBK dan anak syarikat seramai 53 orang bersama Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Lembaga Pengarah syarikat. Objektif utama lawatan ini adalah untuk mempelajari pengurusan institusi pendidikan Bandung sambil melancung. 

Hari pertama tiba di Bandung, rombongan di bawa bersiar sekitar Bandung sambil membeli belah di kedai 'factory outlet shop' yang popular di Bandung.  

Pada hari kedua, rombongan dibawa melawat ke Panti Asuhan Al-Kautsar, Lembang yang diurustadbir sebuah yayasan iaitu Yayasan Al-Kauthar Lembang Bandung. Asrama yang dibiaya melalui sumbangan orang ramai menyediakan pembelajaran keterampilan seperti nasyid dan muzik melalui persembahan Tarawikh Al-Kauthar  oleh pelatih. Menurut Bapak Tugiman Akbar Sekretaris, asrama anak yatim piatu ini menempatkan 60 penghuni antara 6 bulan sehingga 18 tahun. Dato Pengerusi dalam ucapannya mengharapkan adanya jalinan kerjasama diantara Asrama Kasih YBK dengan Asrama Al-Kautsar ini dalam beberapa perkara yang difikirkan sesuai. Ini termasuklah penempatan pelajar ASKA YBK di sini dan tawaran pelatih Panti di ASKA YBK.  

Seterusnya pada hari ketiga, rombongan dibawa melawat ke Daarut Tauhiid, Bandung. Pondok ini diasaskan oleh KH. Abdullah Gymnastiar pada tahun 1990. Kini pondok ini begitu cemerlang didalam bidang pendidikan, perniagaan, hotel dan inap desa, latihan kendiri serta koperasi. Pengembangan yang sehampir dengan YBK bermula 1990 ini, cukup dikenali di Indonesia. Pelajar sekolahnya datang dari seluruh dunia dan terdapat juga beberapa orang pelajarnya dari Malaysia.

Dato Pengerusi dalam ucapan pada hari terakhir mengharapkan setiap ilmu yang dikutip sepanjang program ini berlansung dapat dipraktik serta disebarkan sebaik mungkin.  

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;