Kelana Jaya, 14/3/2014 - YBK terus menerima sumbangan pakaian terpakai dari orang ramai. Hari ini YBK menerima beberapa bungkusan plastik pakaian terpakai dari seorang penderma dari Shah Alam. Pakaian terpakai merupakan seluar dan baju lelaki serta baju wanita terpakai yang masih dalam keadaan baik dan yang masih belum dipakai.

Hari Jumaat merupakan hari bagi membolehkan orang ramai menghantar sumbangan mereka kepada YBK. Antara pusat pengumpulan pakaian terpakai YBK adalah Pejabat YBK Kelana Jaya, Asrama Kasih YBK Serendah, Pejabat YBK Batang Kali dan Gesir serta Pusat Latihan YBK Kuala Selangor.     

Orang ramai dialu-alukan memberi sumbangan pakaian terpakai bagi membolehkan YBK menyumbang kepada mereka yang memerlukan seperti mangsa kebakaran maupun mangsa banjir atau keluarga miskin. Disamping itu orang ramai dialu-alukan memohon pakaian tersebut untuk diagih-agihkan kepada mereka yang sangat memerlukan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;